~
Percubaan pertama membuat apam polkadot ;)
Dah lama teringin nak buat apam polkadot ni..selalu tgok org lain buat geram je tengok comel2 warna warni..at last tercapai gak hajat nk buat apam ni semalam ;) Kat internet mmg banyak resepi nk buat apam ni..tapi aku pilih satu je..aku ikut resepi mcm kt bwh ni sbb yg ni paling sempoi..hehe..sapa2 nk try bole la try.. ;)
Resepi Apam Polkadot
Bahan-bahan
1. 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A)
2. 275 gm tepung gandum
3. 220 gm gula halus
4. 150 ml susu segar@susu cair
5. 3 sudu teh baking powder
6. 1 sudu kecil ovalette
7. filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa
8. pewarna water base
Cara-caranya
• masukkan semua bahan apam (1-6) kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang (lebih kurang 6-8 minit)
• bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ke dalam beberapa mangkuk,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan
• masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag
• picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja
• letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan
• picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh.
• last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak. Pastikan jangan gunakan api yg besar, guna api sederhana sahaja untuk mengelakkan apam merekah.
Aku tak tau nape bila kuih apam polkadot tu mula nk mengembang dalam pengukus tu kan, dot dot yang aku buat tu ada yg jadi lonjong la..mengecik la..mengembang melampau la..haha..dah macam2 rupa polkadot apam tu.. ;p tapi xpe..kata 1st try..pasni try buat comey2 skit dan tanya pakar2..hehe
Bahan-bahan 1-6 dipukul menggunakan mixer dgn kelajuan maksima selama 6-8 minit
pembahagian adunan ke dalam beberapa mangkuk dan kemudian diwarnakan menggunakan pewarna ikut suka hati :)
adunan berwarna yg telah dimasukkan ke dalam piping bag
mangkuk kertas sedia untuk dipaipkan adunan berwarna
sedia untuk dikukus selama 10-15 minit :)
Bila dh siap kukus, nak angkat penutup pengukus tu hati-hati..sbb bwah penutup tu ada air wap..kalau wap tu jatuh atas apam..nanti apam jadi berlubang-lubang kecik..tak comey..:p
Selamat buat apam polkadot yang comey2! ;)