Monday, June 6, 2011

..:: Jom Try Buat Apam Polkadot ;) ::..

~
Percubaan pertama membuat apam polkadot ;)

Dah lama teringin nak buat apam polkadot ni..selalu tgok org lain buat geram je tengok comel2 warna warni..at last tercapai gak hajat nk buat apam ni semalam ;) Kat internet mmg banyak resepi nk buat apam ni..tapi aku pilih satu je..aku ikut resepi mcm kt bwh ni sbb yg ni paling sempoi..hehe..sapa2 nk try bole la try.. ;)

Resepi Apam Polkadot

Bahan-bahan
1. 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A) 
2. 275 gm tepung gandum 
3. 220 gm gula halus 
4. 150 ml susu segar@susu cair 
5. 3 sudu teh baking powder 
6. 1 sudu kecil ovalette 
7. filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa 
8. pewarna water base

Cara-caranya
• masukkan semua bahan apam (1-6) kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang (lebih kurang 6-8 minit)
• bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ke dalam beberapa mangkuk,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan 
• masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag 
• picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja 
• letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan 
• picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. 
• last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak. Pastikan jangan gunakan api yg besar, guna api sederhana sahaja untuk mengelakkan apam merekah.

Aku tak tau nape bila kuih apam polkadot tu mula nk mengembang dalam pengukus tu kan, dot dot yang aku buat tu ada yg jadi lonjong la..mengecik la..mengembang melampau la..haha..dah macam2 rupa polkadot apam tu.. ;p tapi xpe..kata 1st try..pasni try buat comey2 skit dan tanya pakar2..hehe

Bahan-bahan 1-6 dipukul menggunakan mixer dgn kelajuan maksima selama 6-8 minit

pembahagian adunan ke dalam beberapa mangkuk dan kemudian diwarnakan menggunakan pewarna ikut suka hati :)

adunan berwarna yg telah dimasukkan ke dalam piping bag 

mangkuk kertas sedia untuk dipaipkan adunan berwarna

sedia untuk dikukus selama 10-15 minit :)

Bila dh siap kukus, nak angkat penutup pengukus tu hati-hati..sbb bwah penutup tu ada air wap..kalau wap tu jatuh atas apam..nanti apam jadi berlubang-lubang kecik..tak comey..:p

Selamat buat apam polkadot yang comey2! ;)




7 comments:

sukahati said...

kak norm....buat filling cemana?? ker ko guna jem jer? :D

..::daria::.. said...

Aah kak sorm..guna jem je..kt kedai bakery mmg ada jual jem siap2 dlm bekas..mcm2 perisa..blueberry, strawberry..kalau nak letak nutella or peanut butter pun bole..ikut selera tekak masing2..hehe :D

ko nk buat eh?gudlak! ;)

Ani said...

cantiknyerrrr sbb colorful, sangat la menarik minat.
striking color plak tu.. insya Allah one day nak try buat la, bg org makan as urs truly bukan penggemar apam..hehe

alifah@along said...

wahhhhh..sedap tak rasa dia ni??hehe...apapun, rajin la u memasak...huhuu...bila nk bljr buat tart plak?huuhu

..::daria::.. said...

Ani :
Haha..saja buat kalerful..baru tertarik menarik nk makan wpun rasa belum tentu..keke..ha buat la ani..serius x susah..mesti bole buat punye! :)

Along :
Kena rasa dulu long..sndiri ckp sedap kang kata perasan plak..haha..mana ada rajin..suka2 jek isi msa lapang..:p

Tart?tgh cari tarikh sesuai nk g belajar ni..hehe..insyaAllah soon.. :)

yanie said...

Filing tu nak letak caner

yanie said...

Filing tu nak letak caner