Wednesday, June 8, 2011

..:: Dia Yang Buat Saya Menangis ::..

~
Plan malam semalam berjalan tidak berapa lancar. Semua kerana dia. Dia yg bila saya balik, bukak pintu akan duk menyambut saya ngn setia kat belakang pintu sampai nk bukak pintu pun susah. Tolak kang takut perut dia tersepit kt bawah pintu. 

Macam biasa, balik keje saya bawak dia jalan2 kt laman rumah je. Biasa saya pegang. Tapi semalam saya rasa macam nak biar dia bebas makan rumput kat luar rumah. Macam selalu dia buat. Makan rumput. Baru saya tau semalam dia makan rumput sebenarnya untuk clearkan fur ball kat dalam badan dia bila dia muntah. Fur ball tu terjadi sbb dia selalu jilat badan dia tu kan. Bulu2 dia masuk dlm badan dia. Ntah tak reti la saya nk terangkan. Tapi yang pasti makan rumput tu memang aksi biasa dia. 

Sedang saya asyik tgok dia makan rumput, dia lari. Masuk umah jiran sebelah. Saya follow. Biasa senang je tangkap. Buat bunyi daun kering seret2 atas jalan datang la dia. Kali ni tak. Dia dah berani pergi lebih jauh. Sampai dekat pukul 8 malam saya mengejar dia..sambil menangis..huhu

Encet lebah suk masuk umah. Dia kata nanti dia mesti balik bila lapar. Ok. Masuk rumah. Buat coklat. Tapi hati tak senang. Pintu rumah sengaja dibiarkan terbuka. Mana la tau kot kot dia balik jap lagi. Dengar bunyi selipar kena usik kat luar, berlari ke pintu. Ingatkan dia, kawan dia rupanya.Kecewa. :(

Masuk dapur balik. Sambung buat coklat. Ah tak sedap hati. Tinggalkan dapur, amik torch light, rantai dia yg berloceng dn mainan feveret dia yang ada bunyik ala2 itik bila dipicit. Redah belakang umah, pusing habis satu row rumah. Lalu depan umah2 orang sambil picit2 mainan dia, sambil panggil-panggil nama dia. Dengan nada yang selalu saya panggil di rumah dengan harapan dia akan datang berlari mendapatkan saya macam selalu. Hampa. Berderai lagi air mata.

Tiba-tiba, saya nampak kelibat dia kat pagar rumah jiran. Tak jauh dari rumah saya. Saya berdiri kaku mengadap dia. Panggil dia. Dia datang. Tanpa perlu saya kejar. Huhuhu. Ya Allah leganya dah jumpa dia balik. Mesti dia lapar. Mesti dia tak ingat jalan balik rumah. Sebab tu dia tunggu kat situ je. :( 

Kesimpulan yang saya dapat, ini baru kehilangan binatang yang kita bela..Belum kehilangan anak lagi.. :( Saya tak dapat bayangkan betapa tabahnya orang yang kehilangan anak..sebab saya hilang dia sekejap semalam pun dah jadi macam orang tak betul..Nauzubillah. 

Dia ni kena grounded sebulan tak bole keluar rumah sbb buat tuan dia teresak2 smlam T_T



5 comments:

lydzar said...

ermm kenapa dia buat peel mcmtu noma? dia saje2 nk jalan tengok rumah org ek pastu tak jumpa jalan balik?

hmm betul tu, kalau kucing pon boleh sedih, apatah lagi kalau anak sendiri yang hilang. huhu takmo bayangkan, takut ternangis plak kang

~ini an~ said...

hilang anak tak sanggup nak bayang noma...sbb klau bayang je dh leh jd gile...huhuhu mok xnak beranak ke mok?leh amik anak mok...ke mok dh kena kasi hehe

alifah@along said...

huhuu...sedeynya...mok ni, kena godam ni...hehhehe...

Qaseh Shahidah said...

naughty lah mok ni. tu yg kena kurung jek masa dok glg pth. tkt ilang kucing org, mana nak cari ganti :D

..::daria::.. said...

Lydzar :
Ntah la liza..mebi dia boring kot asyik terkurung dlm rumah..dah la dia sorang2 xde kawan kan..huhu..tu yg agknye bila dpt peluang dia lari..huhu

:( x berniat nk buat korang yg ada ank sedih..aku just terpikir je..huhu..mintak jauh la..nauzubillah..

an :
tu la an..aku terpikir hilang kucing pun dh bole x betul..apa lagi anak :( mintak jauh...

mok baru umo 6 bulan an..dok kata umo setaun baru sesuai nk dikawenkan..hehe :) erm..aku x kasi dia an..aku pun nk tgok dia ada anak :)

along :
hehe..godam nnti lagi dia lari long..nanti i nangis lagi..hoho

Shai :
Hehehe..mok tu mmg kene kurung je shai..:p kalo lepas kang dia suka masuk laman jiran..penat nk kejar panggil balik..huhu