Thursday, June 16, 2011

..:: Sister in Law's Wedding ::..

~

10 June 2011, my sister in law, Kak Nani selamat jadi isteri kepada Abang Raja. Congratulations to both of u..semoga kekal hingga ke hujung nyawa :)

Antara orang kuat majlis ~ Encet lebah + Siti + Ijah


Family saya datang dari Kuantan..suka! ^_^

Ma + Abah saya :)

Coklat hantaran yg saya buat utk wedding akak ipar..coklat je la..decoration akak ipar wat sendirik :)

Ni pun sama..hantaran coklat oreo yg akak ipar gubah sendiri

Malam esok gerak2 khas ke kuala kangsar, perak untuk majlis menyambut menantu pulak ;) Ke peghok la pulok kite..atenye berjalan aje bila hujung minggu..hehe 



Tuesday, June 14, 2011

..:: Layaknya di Humban ke Laut!! ::..

~
Ada setengah2 manusia memang tak reti nk appreciate peluang kedua yg dia dapat. Masa belum dapat, janji ditabur macam-macam. Penyesalan setinggi gunung. Dah dapat, lain pulak jadinya. Semua terbalik. Yang dijanji-janji dulu, campak ke laut. Penyesalan yg berbakul2 dulu? Masuk tong sampah.

Akai ada letak kat mana agaknya. Kepala lutut? Pelipat siku? Kalau tak sedia nak kawen. Jangan kawen. Jangan. Fikir masak2. Dah kawen dah x bole hidup macam orang bujang. Dah ada TANGGUNGJAWAB. Jaga isteri. Jaga keluarga. Lifestyle dah kena ubah. Bukan tak boleh berkawan langsung dah, cuma berpada-pada.

Kekasih2 lama sume tolak tepi. Tak perlu dikenang lagi. Kawan bole tapi berpada-pada juga. Jangan sampai terlajak. Kalau rasa tak reti berpada-pada, tak reti nak agak limit berkawan dengan ex ex, tak yah kawan terus. Habis cerita.

Pergi jahanam org macam ni. Layaknya campak ke laut bagi ikan jaws makan jek. Ada dpn mata mmg aku lempang laju2!


Monday, June 13, 2011

..:: Bercakap Dengan Bulan ::..



Talking to the moon - Bruno Mars


I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back


My neighbors think I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have


At night when the stars
light up my room
I sit by myself


Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on the other side
Talking to me too
Or am I a fool who sits alone
Talking to the moon


I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know what I know


Cause when the sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back


At night when the stars light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You


In hopes you're on the other side
Talking to me too
Or am I a fool who sits alone
Talking to the moon


Do you ever hear me calling?
Cause every night 
I'm talking to the moon
Still trying to get to you


In hopes you're on the other side
Talking to me too
Or am I a fool who sits alone
Talking to the moon


I know you're somewhere out there
Somewhere far away

Wednesday, June 8, 2011

..:: Dia Yang Buat Saya Menangis ::..

~
Plan malam semalam berjalan tidak berapa lancar. Semua kerana dia. Dia yg bila saya balik, bukak pintu akan duk menyambut saya ngn setia kat belakang pintu sampai nk bukak pintu pun susah. Tolak kang takut perut dia tersepit kt bawah pintu. 

Macam biasa, balik keje saya bawak dia jalan2 kt laman rumah je. Biasa saya pegang. Tapi semalam saya rasa macam nak biar dia bebas makan rumput kat luar rumah. Macam selalu dia buat. Makan rumput. Baru saya tau semalam dia makan rumput sebenarnya untuk clearkan fur ball kat dalam badan dia bila dia muntah. Fur ball tu terjadi sbb dia selalu jilat badan dia tu kan. Bulu2 dia masuk dlm badan dia. Ntah tak reti la saya nk terangkan. Tapi yang pasti makan rumput tu memang aksi biasa dia. 

Sedang saya asyik tgok dia makan rumput, dia lari. Masuk umah jiran sebelah. Saya follow. Biasa senang je tangkap. Buat bunyi daun kering seret2 atas jalan datang la dia. Kali ni tak. Dia dah berani pergi lebih jauh. Sampai dekat pukul 8 malam saya mengejar dia..sambil menangis..huhu

Encet lebah suk masuk umah. Dia kata nanti dia mesti balik bila lapar. Ok. Masuk rumah. Buat coklat. Tapi hati tak senang. Pintu rumah sengaja dibiarkan terbuka. Mana la tau kot kot dia balik jap lagi. Dengar bunyi selipar kena usik kat luar, berlari ke pintu. Ingatkan dia, kawan dia rupanya.Kecewa. :(

Masuk dapur balik. Sambung buat coklat. Ah tak sedap hati. Tinggalkan dapur, amik torch light, rantai dia yg berloceng dn mainan feveret dia yang ada bunyik ala2 itik bila dipicit. Redah belakang umah, pusing habis satu row rumah. Lalu depan umah2 orang sambil picit2 mainan dia, sambil panggil-panggil nama dia. Dengan nada yang selalu saya panggil di rumah dengan harapan dia akan datang berlari mendapatkan saya macam selalu. Hampa. Berderai lagi air mata.

Tiba-tiba, saya nampak kelibat dia kat pagar rumah jiran. Tak jauh dari rumah saya. Saya berdiri kaku mengadap dia. Panggil dia. Dia datang. Tanpa perlu saya kejar. Huhuhu. Ya Allah leganya dah jumpa dia balik. Mesti dia lapar. Mesti dia tak ingat jalan balik rumah. Sebab tu dia tunggu kat situ je. :( 

Kesimpulan yang saya dapat, ini baru kehilangan binatang yang kita bela..Belum kehilangan anak lagi.. :( Saya tak dapat bayangkan betapa tabahnya orang yang kehilangan anak..sebab saya hilang dia sekejap semalam pun dah jadi macam orang tak betul..Nauzubillah. 

Dia ni kena grounded sebulan tak bole keluar rumah sbb buat tuan dia teresak2 smlam T_T



Monday, June 6, 2011

..:: 050609 to 050611 : 2 Years Already..& Counting! :) ::..

~
Happy 2nd Anniversary to us the bees! :)


Hari ni dua tahun yang lalu aku tgh bersanding sambil sengih2 atas pelamin bersama encet lebah..keke..dgn baju songket kaler purple..;p sedar tak sedar dah dua tahun kami jadi suami isteri eh..cepat betul..rasa mcm baru smalam bersanding..hehe..npk sgt menipu..:p 

Baru masuk 2 tahun tapi dah takde mood nk celebrate anniversary bagai..hehe..so smalam duk umah je..masing2 buat aktiviti masing2..lagipun encet lebah standby kerja..aku pulak, semangat sorang2 nk buat apam polkadot..pastu buat keje part time secara x sengaja..amik upah buatkn blog utk org..yg selebihnya, bergumbira tgok ulangan maharaja lawak kt youtube..(maklumla xde astro warna)..

Aku cuma request satu je..mintak makan mlm kat Kenny Rogers Jusco Bukit Indah..lama tak g mkn situ..diet ke lautan dalam..hehe..kira celebrate anniversary la tu..

Dah mkn baru ingt nak amik gambar..encet lebah blanje :)

Pas makan pi jalan2 jusco plak cari bahan nk cuba resepi baru malam ni..:) pastu balik umah, lipat2 baju..pastu main belon2 buih ngn mok..suka tgok mok kejar2 buih..hehe..buli dia..

My sexy mok! ;)

Sekian aktiviti hari anniversary ke-2 kami semalam..hopefully the bees will be together forever dan akan dikurniakan penyeri rumah soon...Amin. :)

..:: Jom Try Buat Apam Polkadot ;) ::..

~
Percubaan pertama membuat apam polkadot ;)

Dah lama teringin nak buat apam polkadot ni..selalu tgok org lain buat geram je tengok comel2 warna warni..at last tercapai gak hajat nk buat apam ni semalam ;) Kat internet mmg banyak resepi nk buat apam ni..tapi aku pilih satu je..aku ikut resepi mcm kt bwh ni sbb yg ni paling sempoi..hehe..sapa2 nk try bole la try.. ;)

Resepi Apam Polkadot

Bahan-bahan
1. 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A) 
2. 275 gm tepung gandum 
3. 220 gm gula halus 
4. 150 ml susu segar@susu cair 
5. 3 sudu teh baking powder 
6. 1 sudu kecil ovalette 
7. filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa 
8. pewarna water base

Cara-caranya
• masukkan semua bahan apam (1-6) kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang (lebih kurang 6-8 minit)
• bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ke dalam beberapa mangkuk,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan 
• masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag 
• picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja 
• letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan 
• picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. 
• last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak. Pastikan jangan gunakan api yg besar, guna api sederhana sahaja untuk mengelakkan apam merekah.

Aku tak tau nape bila kuih apam polkadot tu mula nk mengembang dalam pengukus tu kan, dot dot yang aku buat tu ada yg jadi lonjong la..mengecik la..mengembang melampau la..haha..dah macam2 rupa polkadot apam tu.. ;p tapi xpe..kata 1st try..pasni try buat comey2 skit dan tanya pakar2..hehe

Bahan-bahan 1-6 dipukul menggunakan mixer dgn kelajuan maksima selama 6-8 minit

pembahagian adunan ke dalam beberapa mangkuk dan kemudian diwarnakan menggunakan pewarna ikut suka hati :)

adunan berwarna yg telah dimasukkan ke dalam piping bag 

mangkuk kertas sedia untuk dipaipkan adunan berwarna

sedia untuk dikukus selama 10-15 minit :)

Bila dh siap kukus, nak angkat penutup pengukus tu hati-hati..sbb bwah penutup tu ada air wap..kalau wap tu jatuh atas apam..nanti apam jadi berlubang-lubang kecik..tak comey..:p

Selamat buat apam polkadot yang comey2! ;)




Wednesday, June 1, 2011

..:: Pintu Itu ::..



Memetik kata-kata twitter aku sendiri :


Picture source : Pakcik Google


Pak Aji saya pesan : Masuk ikut pintu, kuar pun ikut pintu..hang jgn kuar ikut tingkap..ye saya akan kuar ikut pintu lagi 3 bulan Pak Aji :)