Thursday, April 21, 2011

..::Faham Tak Maksud Sample/Tester?::..

~


Kalau kita berniaga, especially produk berasaskan makanan, biasanya untuk tujuan promosi kita akan buat produk contoh atau sample untuk bagi orang rasa dan tengok. 


Aku pernah jual popia simpul dan aku pernah bawak sample sebalang kecil untuk bagi orang rasa. Siap tampal sticker 'SAMPLE' kat atas tudung botol.

Lepas tu aku tolong kawan jual biskut raya tahun lepas. Dia bagi banyak sample kuih untuk orang rasa. Aku buat cara yang sama, letak kuih raya tu dalam plastik kecik, pastu staplerkan pada mounting board. Itu for display, yang untuk tujuan merasa-rasa, aku letak dalam tupperware. Again with sticker 'SAMPLE'.


Semua sample2 tu baik popia atau kuih raya aku letak atas meja yang dah ala-ala meja pantry. Sebab mmg itu port biasa org makan.


Tak sampai sehari, sample tu semua habis. Ok aku tak kisah sbb dah nama pun sample kan? Purposely nak bagi orang rasa secara free. Tapi, yang aku tak faham, kenapa balik balik muka yang sama je amik sample tu? (-_____-") Adakah orang itu tak faham maksud sample? Bukan aku berkira sangat, tapi kalau dah asyik ulang alik makan sample kuih aku sampai kenyang perut suka hati apa kes?


Korang semua faham tak apa maksud TESTER/SAMPLE makanan? Ada ke kalau korang g Giant misalnya, promoter tu bagi korang makan sample tu sampai kenyang? Tidak bukan? 


Kawan aku yang baru nak memulakan bisnes coklatnya, dah kena dugaan macam ni. Bertemu pentester yang nak test SEMUA JENIS sample yang ada. Spesies apakah orang macam ni? Tak paham aku.


Aku harap sapa2 yang tak faham maksud sample or tester tu lepas ni bawak2 la berubah. Aku dan kawan aku tu bukan buat JAMUAN or OPEN HOUSE..kalau kami buat jamuan, lantak la ko nak makan berapa banyak pun.


Sekian, harap maklum.



5 comments:

.: Ain aka Ibu Qaisara.. :. said...

noma, aku pun penah terkena mcm ni, seb baik 1st time org mintak tester, die buat perangai, terus aku tukar plan..nak tester? sila bayar harga coklat tester itu..hahaha..means kalau nak rasa, die kene beli, tapi dengan harga murah la..sori la eh, bukannye nak kedekut ke ape, tapi kalau dah tahap melampau tu ape kes kan?

:: wawahudA :: said...

noma....
nk melantak tester smp kenyang boleyyyy???

hehehe..minta sebalang tester tu...

opsss....

..::daria::.. said...

Aini :
tak suka kan aini bile jumpa org mcm tu? mcm amik kesempatan pulak diorang ni mentang2 la benda free..huhu..bagus gak idea ko tu sapa nk rasa bayar eh..erm..betul la aku setuju..kita bukan nk kedekut..disebabkan ada org yg x paham konsep sample tu yg TERpaksa berkira skit kan..hehe

Wawa:
Sebalang je? Nah aku offer 3 balang terus wa..pastu g main jauh2 eh..hahaha

Noly said...

Ayo itu mcm ka....mentekedarah smpi kenyang..pastu muke seposen jek...mesti die ckp sdp ar noma, tp x order.....

Btl kate kwn noma tester kene beli...2 biji singgit..kekeke

Baik mintak mcm wawa 1 balang terus tp kalau ko murah ati leh bg 2 3 balang...

Dugaan meniaga namanya, so kene pndi atur strategi....

Wish good luck!!!

Cikpid said...

siapa laa kwn ko yang kene mcm tu ek? hahaha..

tester mean taste jeklaa 1 ke kan? ni nk makan beria beli laa.. sepak kang!!