Wednesday, April 20, 2011

..::Coklat Bar & Interview::..

~
Malam semalam gigih buat coklat bar. Ada officemate nk try test, order 4 keping. So alang2 buat la banyak terus. Buat jualan amal (masuk poket sendiri). :p Pukul 1 pagi baru siap semua dan baru bole tido. Kalau buat coklat, confirm tido lambat punye. Paling awal pun pukul 12. Tapi takpe, aku tak kisah sebab buat benda yang kita suka kan. :) Plus belum ada komitmen lain (baca : anak) so this thing selain dari mengisi masa terluang bole juga menambahkan isi poket. ;) 

Shiera + Kak Ijan :)


Yang order chocolate tu yang belah kiri tu..Shiera nama dia. :) Sweet girl + naughty. Dia dah lama keje kat company ni. Kenapa aku cakap dia naughty? Sebab 1st day aku datang interview kat sini dia dah sakat aku. Masa tu aku duk kat kerusi + meja dekat ngan tempat receptionist. Dia bole datang kat aku cakap camni, 

"Kak, interviewer takde arini. Akak kena datang lain kali" (-___-") 

Lebih kurang macam tu la ayat dia. Aku tak ingat sgt sbb dah 2 tahun lepas punye cerita. Aku dah cuak. Takkan aku nak datang balik? Aku ni dari Kuantan bai. Takkan aku nak amik cuti lagi? Gile leceh. 

Skali datang orang HR panggil aku masuk bilik interview. Aku terus pandang budak shiera ni dan dia bole gelak2kan aku dan cakap kita gurau je kak.. Bole? T____T

But now, almost 2 years aku keje sini..she is one of my officemate yang ok dan best. Cuma tak satu department jek. Dan bila ingat balik saat dia sakat aku tu, aku akan rasa benda tu lawak dan surely aku akan tersenyum sengih sorang :)



1 comments:

Zuwairi Aiman said...

Salam kunjungan.. singgah la ke blog saya ;)