Friday, April 29, 2011

..::Happy Weekend::..

~
Date : 18 Feb 2007
Venue : In cable car, Genting Highland 

Tomorrow, 30 April 2011, we will be there again, but this time as husband & wife. :)

..::290409 - 290411::..

~

Hari ini genap 2 tahun aku bekerja kat sini. :) 3 tempat kerja lama sebelum ni paling lama pun tak sampai setahun setengah. Tepuk bahu sendiri. Keh keh.

..::Adik Sapa La Ni::..

~




Dah lama tak cite pasal wany adik aku ni. Malam semalam, dia call aku dalam pukul 9.00 pm. Borak borak, pastu dia tanya aku satu soalan yang aku tak mampu nak jawab..

Wany : Gemuk..mak menantu gemuk dah balik ke?

Aku : Haa?? Hahahahahahahahahahahahahahahahahahaha..

Wany : Alaaaa..malas aa ckp ngn gemuk macam ni!

Pastu dia terus letak tepon..haha..merajuk..;p aku x tau la pada korang..tp pada aku lawak gile..gelak mcm org gile sorang2 smalam..hehe..mmg confirm aku tak mampu nak jawab soalan tu..sebab aku mampu gelak jek..hahaha..kejam punye kakak..

Wany jgn merajuk ye..mlm kg gemuk bawak balik coklat bar 10 as requested (nk 10..tak agak2..:p siap pesan suh letak cornflakes hancur dlm coklat) :p 


Tuesday, April 26, 2011

..::Fix Me..Please::..

~


When you try your best but you don't succeed

When you get what you want but not what you need
When you feel so tired but you can't sleep
Stuck in reverse

And the tears come streaming down your face
When you lose something you can't replace
When you love someone but it goes to waste
Could it be worse?

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

And high up above or down below
When you're too in love to let it go
But if you never try you'll never know
Just what you're worth

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you

Tears stream down your face
When you lose something you cannot replace
Tears stream down your face
And I

Tears stream down your face
I promise you I will learn from my mistakes
Tears stream down your face
And I

Lights will guide you home
And ignite your bones
And I will try to fix you




Thursday, April 21, 2011

..::From Gombak with Love::..

~
Dah tua-tua pun dapat birthday present lagi :D thanks kawan jauh tapi dekat! ^_^


..::Faham Tak Maksud Sample/Tester?::..

~


Kalau kita berniaga, especially produk berasaskan makanan, biasanya untuk tujuan promosi kita akan buat produk contoh atau sample untuk bagi orang rasa dan tengok. 


Aku pernah jual popia simpul dan aku pernah bawak sample sebalang kecil untuk bagi orang rasa. Siap tampal sticker 'SAMPLE' kat atas tudung botol.

Lepas tu aku tolong kawan jual biskut raya tahun lepas. Dia bagi banyak sample kuih untuk orang rasa. Aku buat cara yang sama, letak kuih raya tu dalam plastik kecik, pastu staplerkan pada mounting board. Itu for display, yang untuk tujuan merasa-rasa, aku letak dalam tupperware. Again with sticker 'SAMPLE'.


Semua sample2 tu baik popia atau kuih raya aku letak atas meja yang dah ala-ala meja pantry. Sebab mmg itu port biasa org makan.


Tak sampai sehari, sample tu semua habis. Ok aku tak kisah sbb dah nama pun sample kan? Purposely nak bagi orang rasa secara free. Tapi, yang aku tak faham, kenapa balik balik muka yang sama je amik sample tu? (-_____-") Adakah orang itu tak faham maksud sample? Bukan aku berkira sangat, tapi kalau dah asyik ulang alik makan sample kuih aku sampai kenyang perut suka hati apa kes?


Korang semua faham tak apa maksud TESTER/SAMPLE makanan? Ada ke kalau korang g Giant misalnya, promoter tu bagi korang makan sample tu sampai kenyang? Tidak bukan? 


Kawan aku yang baru nak memulakan bisnes coklatnya, dah kena dugaan macam ni. Bertemu pentester yang nak test SEMUA JENIS sample yang ada. Spesies apakah orang macam ni? Tak paham aku.


Aku harap sapa2 yang tak faham maksud sample or tester tu lepas ni bawak2 la berubah. Aku dan kawan aku tu bukan buat JAMUAN or OPEN HOUSE..kalau kami buat jamuan, lantak la ko nak makan berapa banyak pun.


Sekian, harap maklum.



Wednesday, April 20, 2011

..::Coklat Bar & Interview::..

~
Malam semalam gigih buat coklat bar. Ada officemate nk try test, order 4 keping. So alang2 buat la banyak terus. Buat jualan amal (masuk poket sendiri). :p Pukul 1 pagi baru siap semua dan baru bole tido. Kalau buat coklat, confirm tido lambat punye. Paling awal pun pukul 12. Tapi takpe, aku tak kisah sebab buat benda yang kita suka kan. :) Plus belum ada komitmen lain (baca : anak) so this thing selain dari mengisi masa terluang bole juga menambahkan isi poket. ;) 

Shiera + Kak Ijan :)


Yang order chocolate tu yang belah kiri tu..Shiera nama dia. :) Sweet girl + naughty. Dia dah lama keje kat company ni. Kenapa aku cakap dia naughty? Sebab 1st day aku datang interview kat sini dia dah sakat aku. Masa tu aku duk kat kerusi + meja dekat ngan tempat receptionist. Dia bole datang kat aku cakap camni, 

"Kak, interviewer takde arini. Akak kena datang lain kali" (-___-") 

Lebih kurang macam tu la ayat dia. Aku tak ingat sgt sbb dah 2 tahun lepas punye cerita. Aku dah cuak. Takkan aku nak datang balik? Aku ni dari Kuantan bai. Takkan aku nak amik cuti lagi? Gile leceh. 

Skali datang orang HR panggil aku masuk bilik interview. Aku terus pandang budak shiera ni dan dia bole gelak2kan aku dan cakap kita gurau je kak.. Bole? T____T

But now, almost 2 years aku keje sini..she is one of my officemate yang ok dan best. Cuma tak satu department jek. Dan bila ingat balik saat dia sakat aku tu, aku akan rasa benda tu lawak dan surely aku akan tersenyum sengih sorang :)



Friday, April 15, 2011

..::14 April 2011::..

~
Balik rumah semalam baru bukak present dari encet lebah..sayang nk bukak kt opis..hehe..gedik nk bukak kt umah sama2 dengan pemberi hadiah konon..:p


Birthday card attached to the present :)

Oh umurku bukan lagi rahsia..hehe

Rupa sebenar gift tu lepas plastik dibukak ;) ada anak patung tortoise yg comey..suka!

My Encet Lebah a.k.a Mr Jaja :) penaja hadiah + dinner at one of our favourite place in JB

IT Roo Cafe @ Jalan Dhobi :)

Our meal ~ IT Roo Fried Rice + Tomyam Seafood + Chicken Chop :)

This is the reason why encet lebah called himself Jaja! ;)

lagi setaun nak 30 sen :p

Taun ni last merasa umur ada no 2 kat depan..hehe..had a great day yesterday..thanks to all yg wish kt fb, sms and call..really appreciate that! :`) and also to you my mr jaja :)  



Thursday, April 14, 2011

..::Surprise Gift :`) ::..

~~

This surprise gift is from my other half for my birthday today..perasaan? Touching giler! Terima kasih sayang :`)

..::Another Year Older!::..

~~~

Daria : How old?secret! ;)

Wednesday, April 13, 2011

..::Produk Baru Zealouschoc~Homemade Chocolate Bar!::..

~~~


Yeay!At last berjaya buat homemade coklat bar sendiri! ;) Dah ada produk baru kat Zealouschoc! ;) ;) Dah lama nk buat tapi cari kertas pembalut coklat warna gold + silver tu x jumpa2..smalam cari punye cari jumpe! Malam td semangat buat hehe..kertas warna warni nk wrap coklat tu pulak aku pakai pembalut hadiah lebih2 yg aku ada jek..;) saya terinspirasi nk buat coklat bar ni kerana blog chocolatewrapper dan puan ainie kwn saya ni..terima kasih! ;)

Monday, April 11, 2011

..::Gambar, Gambar & Gambar :)::..

bb
sangkar baru untuk mok saya :)

bersama Pied, salah seorang kawan baik saya :)

Wany, adik kesayangan saya :)

Ed, juga salah seorang kawan baik saya :)


pendodoi tidur saya :)

Mok si penceria rumah saya :)

saya :) 

Gambar2 ni semua di edit guna application Instagram..sekian :)


..::Haniati's Wedding Reception @ Bagan Lalang::..


Last two weeks, kami pergi ke wedding reception haniati @ Bagan Lalang. Haniati ni our kawan lama from Semesta. :) Kami dan beberapa orang lagi budak semesta tido kt homestay area situ. Satu rumah all girls, ada A'a, Ed, Erin, Syifaak, Sai, Yabeet, Sharminie + Dania..kami duk umah satu lagi ngn Penco and family :)

Malam tu kami pegi makan seafood ramai2 kat area tepi pantai..orang ramai gile.Perut lapar tahap gaban..makanan plak sampai bole tahan bas lembap..tapi overall ok jek..makanan pun ok la..takde la sedap sgt..takde la x sedap sangat..syukur je la ada makanan..hehe

Esoknya kul 11 am camtu gerak2 khas g dewan tempat reception haniati..pelamin dia sangat cantik! :) suka! Baju haniati pun cantik..;)

Haniati + Hanizam ..nama pun nak dekat sama..sweet :)

Pelamin yang cantik gile aku rasa..warna tema hitam + putih + silver :)

kami-kami semua ex budak semesta :)

budak Ra'id comeyy yg sgt manja ngn uncle hasbi nye :p 

Settle makan + amik gambar ngan pengantin, balik rumah kemas2 utk balik JB plak..singgah makan cendol+ABC dulu ramai2 kat tepi pantai Bagan Lalang tu.

All the girls + one boy , Ra'id :) ni kat depan homestay girls before g mkn cendol

Seronok wiken tu wpun sekejap, sbb dh lama x kumpul ramai2 ngn budak2 semesta macam tu :) btw..kat area bagan lalang tu ada satu resort yang sangat cantik..Sepang Gold Coast nama dia..dulu penah tengok dalam majalah Libur..dapat tgok dpn mata rasa macam wah..cantiknya resort atas air!kalau tgok on plan..resort2 tu membentuk pokok palma :)


Apepun to Haniati + Hanizam, semoga perkahwinan kalian kekal hingga ke akhir hayat hendaknya..aminn :) 



Tuesday, April 5, 2011

..::Doa Untuk Hilangkan Susah Hati::..


Hati susah dari pagi tadi. Libang-libu. Semua benda tak kena.Bukan takde kerja tapi macam xde semangat + malas.Cari doa utk hilangkan susah hati.Harap-harap hati tak susah lagi.


اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ الْجُبْنِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ غَلَبَةِ الدَّيْنِ وَقَهْرِ الرِّجَالِ


"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari bingung dan sedih. Aku berlindung kepada Engkau dari lemah dan malas. Aku berlindung kepada Engkau dari pengecut dan kikir. Dan aku berlindung kepada Engkau dari lilitan hutang dan kesewenang-wenangan manusia."