Friday, August 13, 2010

..::Ziarah Orang Meninggal::..


Daripada Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:


"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia  mendapat pahala sebesar dua buah gunung."      




Jika ada orang meninggal..dan orang yg meninggal itu adalah saudara atau sahabat handai kamu..adakah kamu akan pergi menziarahinya?


Pernahkah kamu terfikir..bahawa hukumnya wajib bagi seorang muslim bagi menghantar jenazah?


Rasullullah S.A.W bersabda :


"Ada 5 perkara yang wajib dipenuhi oleh seorang muslim terhadap saudaranya iaitu,menjawab salam,mendoakan orang yang bersin,memenuhi undangan,menjenguk orang yang sakit dan menghantar jenazah"


(Riwayat Khamsah)


Peringatan ini utk diri aku sendiri juga..usahlah kita memberikan alasan yang pelbagai untuk tidak menziarahi orang yang meninggal..apatah lagi sekiranya insan yang meninggal itu sauadara mara kita sendiri..


Kita hidup di dunia ini tidak lama..esok lusa kita pasti kembali juga padaNya..pada waktu itu..saudara mara dan sahabat handai yang masih hidup tidak mustahil juga akan memberi pelbagai alasan untuk tidak hadir di pengebumian kita..wallahualam.

Daria : Kesal..

2 comments:

lydzar said...

seumur hidup aku, baru sekali aku ziarah orang meninggal..sbb blom ada yg terdekat ngn aku dh pegi mengadap Allah

huhu agak2 kalau aku meninggal, adakah cuma seorang yg akan menziarah?

insaf

..::daria::.. said...

aku pun liza..baru dua kali liza..satu nenek sedara satu lagi kawan baik aku..:( dn aku pun sama mcm ko xde lg sedara mara terdekat yg meninggal..

xpe liza..kalo mcm tu dikira lain..tp pasni kalo ada peluang dan xde aral melintang kita sama2 cuba pergi k.. :)