Tuesday, July 13, 2010

..::Ramin Telah Tiada::..




Al-Fatihah
Mohd Ramin Bin Mohd Amin
12 June 1982 - 13 July 2010


Ini sms dari pihak UEM kepada Faiezah, salah sorang x-classmate kami masa amik degree QS di UiTM Shah Alam..yang bekerja di UEM Construction bahagian Contract & Procurement ..


Dukacita dimaklumkan En. Mohd Ramin Amin QS Package 2, India telah kembali ke rahmatullah. Urusan penghantaran pulang jenazah sedang diusahakan. Maklumat lanjut akan menyusul. Semoga Allahyarham dicucuri rahmat. Al-fatihah.

Ini pulak petikan status Nazri Anas di Facebook..

Tima kasih pada En. Hatorussan Marir (UEM) yang telah mengesahkan berita penemuan mayat allahyarham Ramin pada saya pada jam 12.05 tengahari tadi. Moga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang2 beriman.. Amin.. Al-Fatihah

dan ini status susulan En. Nazri Anas..

Al-fatihah buat Allahyarham Mohd Ramin B. Mohd Amin. Mayatnya telah dijumpai pada tghari tadi di kawasan dam tempat beliau lemas tempohari. Maklumat disahkan oleh pihak pengurusan UEM dan dimaklumkan pada saya pada jam 12.04 tghari tadi. Sekalung takziah buat isteri dan keluarga beliau. Moga tabah menghadapi dugaan ini.

Ya Allah Ya Tuhanku..allahyarham Ramin benar2 telah tiada..:_( satu kehilangan yang sangat besar sbb arwah adalah seorang kawan, sahabat dan teman yang sangat baik pada semua orang..suka buat lawak..suka menyakat..suka menolong orang..huhu..tu sume dh tinggal kenangan sekarang..

semoga isterinya..Nurul Rabihah Mansor tabah menghadapi dugaan ini..dan juga keluarganya..semoga mereka semua dapat menerima kenyataan yg pahit ini dgn redha..

semoga arwah ditempatkan bersama-sama hambaNya yang beriman di sana..satu yang pasti, walaupun arwah telah tiada..tapi dia akan tetap ada dalam hati kami semua sampai bila-bila..aminnn

Daria : Hargailah apa yang kita ada sekarang sementara waktu masih ada..:(


5 comments:

wawahud2 said...

al-fatihah
gonna miss him

diane said...

al fatihah untuk ramin

..:Sab:.. said...

alfatihah... salam takziah juga..

mawarbiru said...

alfatihah...
semoga roh beliau ditempatkan dikalangan org yg b'iman...

faiezah said...

Kau Sahabat Kau Teman

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mngenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu menghiburkan kami
Memori indah kita bersama terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah diatas kehendak yang Esa

( korus )
Ya Allah,tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang kau janjikan nikmat untuk hamba Mu
Sahabatku akan ku teruskan perjuangan ini
Walau ku tahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

( korus ) Moga amanlah dan bahagia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatehah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solehin
Ku sahabatku kau teman sejati

:(