Wednesday, December 30, 2009

..::SEMESTA TERCHENTA::..


PUTRAJAYA, Dis 24 — Seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lepas.

Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di sini hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Alimuddin Mohd Dom berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya.

Beliau berkata calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.

“Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lepas,” katanya.

Alimuddin berkata prestasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Punjabi menurun sedikit menurun.

“Peratusan berbanding tahun lepas untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 peratus kepada 25.6 peratus tahun ini, BI pula menurun daripada 16.4 peratus kepada 16.1,” katanya.

Terdapat peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam bilangan pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik manakala bagi mata pelajaran Sains ia naik daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus.

Alimuddin berkata untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat Semua A.

Pelajar istimewa, Siti Raihan Abdul Nasir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, yang rabun, berjaya memperoleh 9A.

Dua lagi pelajar istimewa lain yang juga mengalami masalah rabun, Debbie Lim Huey Chin dari SMK Sultan Ismail dan Muhammad Azfar Firdaus Azlah dari SMK Dato Penggawa Barat di Johor Bahru, memperoleh 8A.

Sekolah harian terbaik termasuk SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor, SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu, SMK Sultan Badlishah, Kulim, dan SMK Sultanah Asmah, Alor Setar serta SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Sekolah Berasrama Penuh terbaik pula ialah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu, Sekolah Dato Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, serta SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

SM Imtiaz, Besut, dan SM Imtiaz, Kuala Berang, Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan Sekolah Agama Persekutuan Kajang serta SM Agama Persekutuan Labu, muncul sekolah menengah agama terbaik. — Bernama



blok sekolah


blok sekolah


blok sekolah


assembly hall 


blok skolah pandangan dr depan


assembly hall pandangan dr depan


aspura


rumah pengetua kot kalo x silap


aspuri


aspuri


view dlm hostel


view dlm hostel

 


entrance skolah

~tumpang bangga..wpun dh 10 taun meninggalkan SEMESTA..sumber gambar diambil dr sini  ^_^

7 comments:

Cikpid said...

owh..awak sek sini yer?awak ni budak pandai laa :)

..::daria::.. said...

alaa..skolah mana2 pun sama laa yam..hehehe :p

-inay- said...

cool ar noma..bangga juga!

ciPuding_7 said...

asrama dgn assembly hall ko same design je cam skolah aku.. cuma building skolah aku smpai 4-storey.. komfem krem betis kalau nak naik library kt tingkat atas skali. sbb tu library mcm berhantu. org malas nk panjat tinggi2.. hahaha..

..::daria::.. said...

yabeet : hehe..yup!harus bangga..haha

cipuding_7 : ye ke pawah?ntah2 arkitek yg sama design..haha..
gile ah 4 tingkat..tinggi no..:p aku 3 tingkat pun malas nk panjat..haha..library aku tgkt 3, tp aku slalu g sbb aku librarian..haha..poyos..:p

fadzli ezry said...

hahaha..almost 4 years left this great school.. :) ITTIFAK 0509 is my batch in semesta..

Anonymous said...

buy tramadol tramadol hcl for pain - buy tramadol for dogs