Monday, July 20, 2009

..::Oh TiDaK!::..

Disyaki Nurdin Aziz atau Nur Hasbi

JAKARTA 19 Julai – Seorang daripada pengebom berani mati di Hotel JW Marriot di sini Jumaat lalu, dipercayai bernama Nurdin Aziz yang menyewa bilik bernombor 1808 di mana polis menemui bom yang belum diletupkan, lapor sebuah portal berita hari ini.

Tempointeraktif.com dalam laporannya berkata, polis masih berusaha mengenal pasti mayat pengebom berani mati dan oleh itu, tidak dapat memberi butiran lanjut.

Pengarah Kumpulan Krisis Antarabangsa, Sydney Jones berkata, pihaknya mengesyaki pengebom itu sebagai Nurdin Aziz atau turut dikenali sebagai Nur Hasbi iaitu anggota kumpulan pengganas yang dipimpin oleh Noordin Mat Top.

Nur Hasbi ujarnya, adalah rakan kepada Asmar Latin Sani, yang meletupkan Hotel JW Marriot pada 2003.

Sydney mmberitahu Tempointeraktif.com bahawa Nur Hasbi dan Asmar Latin Sani merupakan lepasan sekolah pengajian Islam Ngruki di Solo, Jawa Tengah pada 1995.

Di Pusat Perubatan Metropolitan (MMC) dan Hospital Jakarta masih merawat 18 mangsa kejadian pengeboman berani mati ke atas dua hotel yang mengorbankan sembilan orang dan turut mencederakan lebih 50 orang, Jumaat lalu.

Agensi berita Antara hari ni berkata, Hospital MMC masih merawat 12 mangsa, tiga daripada warga asing manakala Hospital Jakarta merawat enam orang.

Tiga warga asing tersebut ialah Andrew Stuart Cobhan dari Kanada, Maxboon (Belanda) dan Cho Ing Sang (Korea Selatan).

Kebanyakan mangsa menderita masalah pendengaran, trauma dan luka kesan daripada terbakar.

Sementara itu, Menteri Luar Australia, Stephen Smith ditemani Dutanya, Bill Farmer melawat dua hotel yang menjadi sasaran serangan pengebom berani mati pada kira-kira pukul 9 pagi ini.

Polis Indonesia belum bersedia menerima bantuan dari negara-negara lain dalam penyiasatan kes serangan bom tersebut..

“Polis dari Amerika Syarikat, Australia dan Malaysia telah menawarkan bantuan tetapi kami meminta mereka untuk tunggu.

‘‘Kami masih perlu bekerja keras untuk menyelesaikan kes ini sendiri, kata ketua bahagian perhubungan awam Polis Nasional, Jeneral Inspektor Nanan Soekarna, semalam lapor agensi berita Antara.

Nanan berkata, polis Indonesia akan menerima tawaran berkenaan apabila benar-benar memerlukannya kelak. – AGENSI

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0720&pub=Utusan_Malaysia&sec=Luar_Negara&pg=lu_02.htm

8 comments:

alifah@along said...

oh tidak ma...polis ada dtg umah ko tak??jiran2 ko dah tau ker perkara ni???hahahhaa....kalau dia tau nama husband ko tu nur hasbi, kecoh la dia..hahahha

..::daria::.. said...

hahaha..aku baru tau pg ni along..x tau a kalo balik kang penuh keta polis kat bwh umah..hahaha..mintak jauhhh..cuak gk ni..:p

Cikpid said...

harap hasbi dpt shave dgn segera..sbb kalo x shave mmg muke cam terrorist tu die tu...hahhahahhaa

..::daria::.. said...

hahahaha..aku dh sms dia td pied..suh shave..hahahaha

wawa said...

hahahha....dasat gak encet hasben ko ni...

..::daria::.. said...

wawa : ye..x ku sangka wa..ingt g keje..rupanya g jakarta..:p

ciPuding_7 said...

nomey, next time, kalau dia outstation, better ko check dia g mane..

hahaha..

..::daria::.. said...

poonz : hahaha..ye..pasni bukan stakat check..akn ku ikut skali..hehehe