Tuesday, July 21, 2009

..::JoM TeNgOk GeRhAnA MaTaHaRi EsOk!::..



GERHANA MATAHARI SEPARA
Rabu, 22 Julai 2009


Gerhana Matahari merupakan antara fenomena alam yang paling menakjubkan. Gerhana Matahari berlaku apabila bayang Bulan menutupi sebahagian atau seluruh permukaan Matahari. Gerhana Matahari dibahagi kepada 3 jenis iaitu gerhana penuh, gerhana cincin, dan gerhana separa.

Untuk kali yang kedua pada tahun ini, kita yang berada di Semenanjung Malaysia khususnya akan mengalami gerhana Matahari separa pada hari Rabu, 22 Julai 2009. Di sekitar Kuala Lumpur, Matahari akan ditutup oleh Bulan sehingga maksimum 15 % secara bertahap mulai jam 08:29 hingga 09:48 pagi.

MASA CERAPAN GERHANA MATAHARI KUALA LUMPUR


PERISTIWA

Sentuhan Awal - (Masa Tempatan : 08:29)

Gerhana Matahari Maksimum (15%)- (Masa Tempatan : 09:07)

Sentuhan Akhir - (Masa Tempatan : 09:48)


Sekiranya anda berpeluang mencerap dengan teleskop dan binokular, pastikan anda menggunakan penapis Matahari. Anda tidak digalakkan mencerap Matahari secara terus kerana sangat berbahaya bagi kesihatan mata anda dan boleh menyebabkan buta kekal.

4 comments:

ciPuding_7 said...

aku dpt email berantai psl gerhana ni..

katanya akibat dari gerhana matahari kali ini akan menyebabkan tarikan yg agak kuat terhadap bumi dan akan menyebabkan geseran pada permukaan seterusnya akan berlakunya tsunami. tp titik tarikan yg kuat tu dkt ngan jepon & filipina sana.. kemungkinan ada efek di kawasan yg berkenaan & east malaysia (termasuklah east coast of m'sia)..

wallahu'alam bissowabbb..

..::daria::.. said...

uih..ye ke?
x bole ignore nih info nih..

utk mengelakkan apa2 yg x diingini terjadi..better esok jgn g beriadah berdekatan dgn pantai..
huhuhu

mintak2 xde apa2 yg x elok berlaku sok..aminn

Cikpid said...

tu yg aku ckp aku dpt email tsunami on 22nd July tu..

gegeggege...tapi ape kene mengena gerhana matahari ngan tsunami??hahahahaha

nur said...

tu laa
time kelas fizik
aok ngulor gi dating kt tangga skolah


tu pn x tau ke..