Wednesday, July 20, 2011

Beralih Angin :)




Blog ini tidak akan lagi disuap dengan cerita2, gossip2 dan gambar2 pasal puan tanah sebab dia dah beralih angin ke SINI ;)

Sekian, terima kasih! ^_^

Wednesday, July 6, 2011

Coklat Hari Raya ~ Zealous Cornflakes Choc :)

~
Zealous Cornflakes Choc ;)

Close-up :)

Interested? ;) Click here!

Monday, July 4, 2011

..:: Coklat Hari Raya - Zealous Bubble Choc! ;) ::..


1 July 2011 adalah tarikh official saya buka order untuk jualan kuih coklat raya saya iaitu Zealous Bubble Choc! Rice bubble yang rangup disaluti coklat dan ditaburi manik-manik yang berwarna-warni sangat sesuai untuk dijadikan hidangan untuk tetamu di Hari Raya ini ;)


Coklat Raya ~ Zealous Bubble Choc

Close-up Zealous Bubble Choc :)

Berminat? 

Silalah ke blog coklat saya untuk maklumat lanjut. ;)


Thursday, June 16, 2011

..:: Sister in Law's Wedding ::..

~

10 June 2011, my sister in law, Kak Nani selamat jadi isteri kepada Abang Raja. Congratulations to both of u..semoga kekal hingga ke hujung nyawa :)

Antara orang kuat majlis ~ Encet lebah + Siti + Ijah


Family saya datang dari Kuantan..suka! ^_^

Ma + Abah saya :)

Coklat hantaran yg saya buat utk wedding akak ipar..coklat je la..decoration akak ipar wat sendirik :)

Ni pun sama..hantaran coklat oreo yg akak ipar gubah sendiri

Malam esok gerak2 khas ke kuala kangsar, perak untuk majlis menyambut menantu pulak ;) Ke peghok la pulok kite..atenye berjalan aje bila hujung minggu..hehe 



Tuesday, June 14, 2011

..:: Layaknya di Humban ke Laut!! ::..

~
Ada setengah2 manusia memang tak reti nk appreciate peluang kedua yg dia dapat. Masa belum dapat, janji ditabur macam-macam. Penyesalan setinggi gunung. Dah dapat, lain pulak jadinya. Semua terbalik. Yang dijanji-janji dulu, campak ke laut. Penyesalan yg berbakul2 dulu? Masuk tong sampah.

Akai ada letak kat mana agaknya. Kepala lutut? Pelipat siku? Kalau tak sedia nak kawen. Jangan kawen. Jangan. Fikir masak2. Dah kawen dah x bole hidup macam orang bujang. Dah ada TANGGUNGJAWAB. Jaga isteri. Jaga keluarga. Lifestyle dah kena ubah. Bukan tak boleh berkawan langsung dah, cuma berpada-pada.

Kekasih2 lama sume tolak tepi. Tak perlu dikenang lagi. Kawan bole tapi berpada-pada juga. Jangan sampai terlajak. Kalau rasa tak reti berpada-pada, tak reti nak agak limit berkawan dengan ex ex, tak yah kawan terus. Habis cerita.

Pergi jahanam org macam ni. Layaknya campak ke laut bagi ikan jaws makan jek. Ada dpn mata mmg aku lempang laju2!


Monday, June 13, 2011

..:: Bercakap Dengan Bulan ::..



Talking to the moon - Bruno Mars


I know you're somewhere out there
Somewhere far away
I want you back
I want you back


My neighbors think I'm crazy
But they don't understand
You're all I have
You're all I have


At night when the stars
light up my room
I sit by myself


Talking to the Moon
Trying to get to You
In hopes you're on the other side
Talking to me too
Or am I a fool who sits alone
Talking to the moon


I'm feeling like I'm famous
The talk of the town
They say
I've gone mad
Yeah
I've gone mad
But they don't know what I know


Cause when the sun goes down
someone's talking back
Yeah
They're talking back


At night when the stars light up my room
I sit by myself
Talking to the Moon
Trying to get to You


In hopes you're on the other side
Talking to me too
Or am I a fool who sits alone
Talking to the moon


Do you ever hear me calling?
Cause every night 
I'm talking to the moon
Still trying to get to you


In hopes you're on the other side
Talking to me too
Or am I a fool who sits alone
Talking to the moon


I know you're somewhere out there
Somewhere far away

Wednesday, June 8, 2011

..:: Dia Yang Buat Saya Menangis ::..

~
Plan malam semalam berjalan tidak berapa lancar. Semua kerana dia. Dia yg bila saya balik, bukak pintu akan duk menyambut saya ngn setia kat belakang pintu sampai nk bukak pintu pun susah. Tolak kang takut perut dia tersepit kt bawah pintu. 

Macam biasa, balik keje saya bawak dia jalan2 kt laman rumah je. Biasa saya pegang. Tapi semalam saya rasa macam nak biar dia bebas makan rumput kat luar rumah. Macam selalu dia buat. Makan rumput. Baru saya tau semalam dia makan rumput sebenarnya untuk clearkan fur ball kat dalam badan dia bila dia muntah. Fur ball tu terjadi sbb dia selalu jilat badan dia tu kan. Bulu2 dia masuk dlm badan dia. Ntah tak reti la saya nk terangkan. Tapi yang pasti makan rumput tu memang aksi biasa dia. 

Sedang saya asyik tgok dia makan rumput, dia lari. Masuk umah jiran sebelah. Saya follow. Biasa senang je tangkap. Buat bunyi daun kering seret2 atas jalan datang la dia. Kali ni tak. Dia dah berani pergi lebih jauh. Sampai dekat pukul 8 malam saya mengejar dia..sambil menangis..huhu

Encet lebah suk masuk umah. Dia kata nanti dia mesti balik bila lapar. Ok. Masuk rumah. Buat coklat. Tapi hati tak senang. Pintu rumah sengaja dibiarkan terbuka. Mana la tau kot kot dia balik jap lagi. Dengar bunyi selipar kena usik kat luar, berlari ke pintu. Ingatkan dia, kawan dia rupanya.Kecewa. :(

Masuk dapur balik. Sambung buat coklat. Ah tak sedap hati. Tinggalkan dapur, amik torch light, rantai dia yg berloceng dn mainan feveret dia yang ada bunyik ala2 itik bila dipicit. Redah belakang umah, pusing habis satu row rumah. Lalu depan umah2 orang sambil picit2 mainan dia, sambil panggil-panggil nama dia. Dengan nada yang selalu saya panggil di rumah dengan harapan dia akan datang berlari mendapatkan saya macam selalu. Hampa. Berderai lagi air mata.

Tiba-tiba, saya nampak kelibat dia kat pagar rumah jiran. Tak jauh dari rumah saya. Saya berdiri kaku mengadap dia. Panggil dia. Dia datang. Tanpa perlu saya kejar. Huhuhu. Ya Allah leganya dah jumpa dia balik. Mesti dia lapar. Mesti dia tak ingat jalan balik rumah. Sebab tu dia tunggu kat situ je. :( 

Kesimpulan yang saya dapat, ini baru kehilangan binatang yang kita bela..Belum kehilangan anak lagi.. :( Saya tak dapat bayangkan betapa tabahnya orang yang kehilangan anak..sebab saya hilang dia sekejap semalam pun dah jadi macam orang tak betul..Nauzubillah. 

Dia ni kena grounded sebulan tak bole keluar rumah sbb buat tuan dia teresak2 smlam T_T



Monday, June 6, 2011

..:: 050609 to 050611 : 2 Years Already..& Counting! :) ::..

~
Happy 2nd Anniversary to us the bees! :)


Hari ni dua tahun yang lalu aku tgh bersanding sambil sengih2 atas pelamin bersama encet lebah..keke..dgn baju songket kaler purple..;p sedar tak sedar dah dua tahun kami jadi suami isteri eh..cepat betul..rasa mcm baru smalam bersanding..hehe..npk sgt menipu..:p 

Baru masuk 2 tahun tapi dah takde mood nk celebrate anniversary bagai..hehe..so smalam duk umah je..masing2 buat aktiviti masing2..lagipun encet lebah standby kerja..aku pulak, semangat sorang2 nk buat apam polkadot..pastu buat keje part time secara x sengaja..amik upah buatkn blog utk org..yg selebihnya, bergumbira tgok ulangan maharaja lawak kt youtube..(maklumla xde astro warna)..

Aku cuma request satu je..mintak makan mlm kat Kenny Rogers Jusco Bukit Indah..lama tak g mkn situ..diet ke lautan dalam..hehe..kira celebrate anniversary la tu..

Dah mkn baru ingt nak amik gambar..encet lebah blanje :)

Pas makan pi jalan2 jusco plak cari bahan nk cuba resepi baru malam ni..:) pastu balik umah, lipat2 baju..pastu main belon2 buih ngn mok..suka tgok mok kejar2 buih..hehe..buli dia..

My sexy mok! ;)

Sekian aktiviti hari anniversary ke-2 kami semalam..hopefully the bees will be together forever dan akan dikurniakan penyeri rumah soon...Amin. :)

..:: Jom Try Buat Apam Polkadot ;) ::..

~
Percubaan pertama membuat apam polkadot ;)

Dah lama teringin nak buat apam polkadot ni..selalu tgok org lain buat geram je tengok comel2 warna warni..at last tercapai gak hajat nk buat apam ni semalam ;) Kat internet mmg banyak resepi nk buat apam ni..tapi aku pilih satu je..aku ikut resepi mcm kt bwh ni sbb yg ni paling sempoi..hehe..sapa2 nk try bole la try.. ;)

Resepi Apam Polkadot

Bahan-bahan
1. 3 biji telur-dari peti sejuk(gred A) 
2. 275 gm tepung gandum 
3. 220 gm gula halus 
4. 150 ml susu segar@susu cair 
5. 3 sudu teh baking powder 
6. 1 sudu kecil ovalette 
7. filling-blueberry@strawberry@apa2 ikut citarasa 
8. pewarna water base

Cara-caranya
• masukkan semua bahan apam (1-6) kedalam mangkuk mixer dan pukul dengan kelajuan maksima sehingga kembang (lebih kurang 6-8 minit)
• bahagikan adunan kepada beberapa bahagian ke dalam beberapa mangkuk,kemudian titiskan pewarna mengikut pilihan 
• masukkan setiap adunan berwarna kedalam piping bag 
• picitkan adunan ke dalam mangkuk kertas-setengah sahaja 
• letakkan filling secukupnya-nak senang masukkan dalam plastik kemudian picitkan 
• picit lagi adunan sama @ warna berbeza sehingga hampir penuh. 
• last sekali dot-dot kan dengan warna pilihan,kemudian kukus selama 10-15minit @ sehingga masak. Pastikan jangan gunakan api yg besar, guna api sederhana sahaja untuk mengelakkan apam merekah.

Aku tak tau nape bila kuih apam polkadot tu mula nk mengembang dalam pengukus tu kan, dot dot yang aku buat tu ada yg jadi lonjong la..mengecik la..mengembang melampau la..haha..dah macam2 rupa polkadot apam tu.. ;p tapi xpe..kata 1st try..pasni try buat comey2 skit dan tanya pakar2..hehe

Bahan-bahan 1-6 dipukul menggunakan mixer dgn kelajuan maksima selama 6-8 minit

pembahagian adunan ke dalam beberapa mangkuk dan kemudian diwarnakan menggunakan pewarna ikut suka hati :)

adunan berwarna yg telah dimasukkan ke dalam piping bag 

mangkuk kertas sedia untuk dipaipkan adunan berwarna

sedia untuk dikukus selama 10-15 minit :)

Bila dh siap kukus, nak angkat penutup pengukus tu hati-hati..sbb bwah penutup tu ada air wap..kalau wap tu jatuh atas apam..nanti apam jadi berlubang-lubang kecik..tak comey..:p

Selamat buat apam polkadot yang comey2! ;)




Wednesday, June 1, 2011

..:: Pintu Itu ::..



Memetik kata-kata twitter aku sendiri :


Picture source : Pakcik Google


Pak Aji saya pesan : Masuk ikut pintu, kuar pun ikut pintu..hang jgn kuar ikut tingkap..ye saya akan kuar ikut pintu lagi 3 bulan Pak Aji :)

Tuesday, May 31, 2011

..:: Macarons or Macaroons? ::..



Makan je tau tapi ejaan yg betul tak tau..haha..ok skarang dah tau..lepas baca kt sini baru tau apa beza MACARONS dgn MACAROONS.. :D

MACARONS

MACAROONS
Picture source : Here

Ejaan hampir sama tapi rupanya lain bebenor antara Macarons & Macaroons kan? :)

Thursday, May 26, 2011

..:: Mr Bee Turns 29! :) ::..

~
My encet lebah turns 29 years old yesterday ~ 25 May 2011 ;) 
Gitar merah tu simbolik 20 tahun + ada 9 love kecik2 wrna merah tu simbolik 9 tahun :)

Ini kek red velvet yang ditempah khas dgn my ex-opismet..Sis Liz nama dia..baking mmg part time job dia..dan this cake serious sedap!ok aku x penah makan kek red velvet :p so gedik la nk try order kek ini..hehe..nk bg orang tp ikut selera tekak sendiri..hihi

Ok this is the real rupa bentuk cake red velvet made by Sis Liz.. ;) aku mmg request biarkan kosong je kt atas sbb aku nk hias dgn coklat huruf2 + bentuk gitar tu ;)

Smalam aku buat surprise party or lebih tepat makan2 for encet lebah..komplot ngn all his friends yg rapat dgn dia at Damai Seafood Village..Alhamdulillah semua yg aku jemput datang..hehe..aku risau gile xde org datang..haha..order mkn byk2 tp mkn berdua je..:p 

Acara potong kek tanpa lilin :p

Ni antara yg datang..masa ni Kak Ani tak smpai lagi..sangkut jem 
From left blakang : Afzan, Anis, Kak Pidah, Sab
From right depan : K Jehan + Mia, Me, Shai and Q 

From left : Daeng, Mr Bee, Mija, Kerol, Abg Lan + Danial

Ok ni pakej lengkap ada kak ani (ke-2 dr knan, dpn) + ayu (bsebelahan dgn aku yg gomok) :p


Macaroon yg di bawa khas oleh Kak Ani ~ Thanks kak! ;) Sedapp! Ni pun aku 1st time makan..penjakun sebentar..haha..slama ni duk tgok gmbr jek :p

Overall, aku rasa sume ok..aku harap org2 yg dtg pun sume rasa ok + kenyang + hepi..hehe..apepun thanks to all yg sudi berkomplot ngn aku nk buat mkn2 ni..hope this one will be a memorable one to my dear encet lebah :) 

Happy birthday sayang! 

Daria : Flash sgt memberi kerjasama kepada aku dlm gmbr di atas ni..like!!kekeke ;D


Wednesday, May 18, 2011

..:: Produk Baru Lagi @ Zealous Choc! ;) ::..


Seronok bereksperimen buat coklat baru tiap2 hari ;) (Tipu..xde la tiap2 hari..bila ada masa terluang jek..hehe) Seronok bile benda yg kita bayangkan dlam kepala jadi realiti ^_^ So far, ada beberapa produk baru kat Zealous Choc..ni part of them..utk info lanjut, jgn malu2 kelik sini ya! ;)


Ini namanya Zealous Marshmallow Choc! ;) 

Ini pula Zealous Bubble Choc! ;)

Dan ini pula Zealous Choco Stick :)

Semua coklat ni saya buka utk order..kalau nk order utk raya pun bole ;) sementara xde komitmen sangat ni la nk penuhkan masa dgn buat benda2 mcm ni..slain dr bole isi masa terluang, bole jugak isi poket yg x brapa nk kembung ni skit2..hehe ;)


..:: McChicken ~ Buy 1, FREE 1 : Today Only! ;) ::..

~

Harini McDonald's ada buat amal jariah lagi dgn mmberi 1 burger McChicken FREE utk setiap pembelian satu burger McChicken! ;)

Tapi sblom pegi beli..jgn lupa baca terms & conditions nye dulu ye..kot nanti2 ada yg tersilap paham..hehe..korang bca la sendiri syarat2nya tu.. ;)

Eniwei, korang bole print gmbar kupon McD kt ats tu..or kalau nk print dr page FB McDonald's Malaysia sndiri..kelik sini ya! ;) 

Selamat mkn burger! ^_^

Monday, May 16, 2011

..:: Mok ~ 5 Months Already! ;) ::..


Tajuk entry dah macam nk apdet perkembangan anak pulak..haha..ni kira anak la jugak ni..anak kucing..hehe..anak betul2 blom ada rezeki lagi..hehe..insyaAllah ada rezeki sok ada la.. :)

Pe'el baru..suka tido dalam bakul sayur aku..nampaknya kena beli bakul sayur baru..yg ni dah jadi dia punye :p

Juga suka main tali gitar :p

Tempat menyorok baru 

Sejak musim panas melanda ni, suka jugak lepak dalam sinki bilik air..-_-" 

Kantoi melepak tido dalam beg futsal encet lebah yang wangi :p

buat muka kesian kalau xde orang layan :p

Tido gaya bebas 

Last but not least, gambar last ni dah lama..tapi aku nk upload gak sbb aku rasa dalam banyak2 gambar..ini yang paling lawak skali..bagi aku la..hehe..si mok ni mmg pandai tarik perhatian orang bile semua orang tak pedulikan dia..;p 

Gaya merepek khas dari mok! :D